Usul menubuhkan Unit Integriti bermula sejak tahun 2008 dan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) pada 18 Ogos telah memutuskan supaya pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa itu ditempatkan sebagai Ketua Pegawai Integriti secara kader di Kementerian dan Jabatan yang berisiko tinggi rasuah.
Lanjutan itu, SPRM telah membangunkan program Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity Officer (CeIO) yang berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti di sektor awam dan swasta. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan (JKKMKPK) pada 19 Ogos 2010 telah memutuskan supaya entiti pematuhan ditubuhkan di semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan peringkat Persekutuan dan Negeri.
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) pada 16 April 2012 telah bersetuju supaya diwujudkan tiga (3) model Unit Integriti yang berbeza mengikut tahap risiko Kementerian dan Jabatan Kerajaan. KPWKM telah ditarafkan sebagai berisiko sederhana. Mesyuarat JKTT pada 6 Jun 2013 telah bersetuju mewujudkan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi di SPRM.
Berikutnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 telah diterbitkan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam peringkat Persekutuan dan Negeri. di semua agensi awam peringkat Persekutuan dan Negeri.
Boleh diterima, tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi maksud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan, iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A (Rujuk perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Walau bagaimanapun, jika nilainya melebihi RM500.00, ianya boleh diterima, dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai (Rujuk perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu, maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan (Rujuk perenggan 8 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Penerimaan atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan, antaranya, sekiranya diberi atau diterima denga niat rasuah atau pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. (Rujuk perenggan 12 – Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Pegawai badan awam tidak boleh menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, limau mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. (Rujuk perenggan 5 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. (Rujuk perenggan 21 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bertujuan untuk membanteras rasuah dan salah laku dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan yang tidak wajar dalam sektor awam dan swasta. Ia juga melindungi individu yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan.
Di samping itu Akta ini juga mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Jenis-aduan aduan adalah berkaitan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh pegawai dan kakitangan. Semua aduan akan diambil tindakan dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.
Aduan yang melibatkan integriti adalah menumpukan kepada isu-isu yang berkait rapat dengan kesalahan rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa pegawai dan kakitangan.
Aduan berhubung integriti boleh disalurkan dengan menghantar emel secara terus kepada Unit Integriti KPWKM dengan menaip whistleblower@kpwkm.gov.my atau hadir sendiri ke pejabat Unit Integriti di Aras 26, KPWKM.
Ya. Salah laku tersebut masih di bawah bidang kuasa Unit Integriti dan aduan boleh disalurkan terus seperti mana cara yang diperjelaskan di dalam soalan ke- 17.
