Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

UNIT PENTADBIRAN, KESELAMATAN DAN LOGISTIK

  • Menyemak dan mengesahkan bil-bil surat khabar,kontrak makanan, sewaan mesin fotostat, bunga di Kementerian
  • Menguruskan penyusunan Jadual pergerakan pemandu (buku log dll)
  • Urusan Kad Touch N Go dan Kad Inden Minyak
  • Menguruskan kenderaan SPANCO (penyelenggaraan dan insiden kemalangan)
  • Menguruskan kenderaan rasmi yang terlibat dalam kemalangan
  • Menguruskan makan minum, mesyuarat, jamuan di Kementerian
  • Menguruskan hal-hal pentadbiran BKP ( Cuti,HRMIS, pencalonan kursus, kebersihan, keceriaan dan susun atur pejabat BKP, urus setia semua mesyuarat dalaman BKP)
  • Mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan dan ujian dadah terutama bagi kumpulan sokongan
  • Menguruskan kelulusan pelan susun atur Kementerian/Jabatan/agensi
  • Menguruskan sistem keselamatan dan keperluan kemudahan bangunan KPWKM (parking, kad akses, fire drill)
  • Menyelaras dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Jabatan
  • Menguruskan pelantikan Pegawai Pengelas (Fail)
  • Menguruskan pelantikan Pegawai keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan (PPKJ)
  • Menguruskan perlanjutan kontrak penyewaan ruang pejabat kementerian/Jabatan/ Agensi
  • Menguruskan penyediaan / pelanjutan semua kontrak bekalan/perkhidmatan di KPWKM
  • Menyelia dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan bangunan KPWKM bagi kontraktor yang telah dilantik
  • Mengurus dan memantau semua ruang guna sama di bangunan KPWKM

 

UNIT PENGURUSAN ASET

  • Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset alih kerajaan
  • Penyelenggaraan pencegahan dan pemulihan aset alih kerajaan
  • Menguruskan pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset kerajaan
  • Urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)
  • Menyedia, menyemak dan mengemukakan Laporan JKPAK kepada Kementerian Kewangan
  • Menyelaras pelaporan aset dan inventori kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
  • Menyelenggara kenderaan yang dibeli oleh Kementerian
  • Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan inventori/stor Kementerian
  • Menyelaras dan memantau pegawai aset di Bahagian-bahagian dalam pengurusan pemeriksaan aset di Kementerian
  • Menguruskan perolehan semua harta modal dan inventori
  • Memastikan pengemaskinian semua borang-borang dalam tatacara pengurusan aset alih kerajaan dan stor/inventori


UNIT INOVASI, PENYELARASAN DAN KEURUSETIAAN

  • Menyelaras mesyuarat-mesyuarat berkaitan inovasi, kualiti dan produktiviti KPWKM
  • Menyelaras dalam pengurusan peningkatan kualiti dan produktiviti KPWKM secara keseluruhan (TQM)
  • Menguruskan sambutan Hari Inovasi, pertandingan dan Anugerah sempena Hari Inovasi, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan pertandingan Anugerah Inovasi anjuran agensi-agensi luar
  • Pelaksanaan MS ISO 9001/2015
  • Menyelaras penilaian System Star Rating (SSR) KPWKM
  • Jawatankuasa Kecil Logistik kepada Majlis/Sambutan anjuran Kementerian
  • Menguruskan dan menyelaras semua program dan sambutan peringkat Kebangsaan untuk KPWKM
  • Menyelaras sebarang lawatan atau kunjungan daripada orang awam dan  pihak luar ke KPWKM
  • Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi

 

UNIT PARLIMEN

  • Mengedarkan dan menguruskan jadual takwim dan jadual persidangan Parlimen kepada Kementerian/Jabatan/Agensi
  • Menguruskan jadual pegawai bertugas parlimen
  • Menyelaras, mendapatkan pertanyaan Parlimen, soalan tambahan dan menyelaras penyediaan draf jawapan parlimen di peringkat KPWKM
  • Memantau persidangan dewan

 

SEKSYEN PENGURUSAN REKOD

  • Mengurus dan memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara sistematik dan sempurna di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
  • Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat-menyurat.
  • Memastikan pelupusan rekod KPWKM dilaksanakan di KPWKM secara berkala bagi memastikan kecekapan pengurusan rekod.      
  • Memastikan pelantikan Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan di Bahagian-bahagian KPWKM
  • Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/ Agensi di bawah kementerian berkenaan pengurusan rekod meliputi peringkat pewujudan, penggunaan, pemeliharaan dan pelupusan rekod.

 

UNIT PUSAT SUMBER 

  • Mengurus penyampaian perkhidmatan kaunter Perpustakaan KPWKM. 
  • Menggalakkan dan meningkat budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat melalui Program Galakan Membaca. 
  • Mengurus dan melaksanakan Perkhidmatan Kesedaran Semasa untuk pengetahuan pengguna. 
  • Memantapkan dan membangunkan koleksi sumber maklumat berkaitan dengan wanita, keluarga, kanak-kanak, orang papa, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). 
  • Memantapkan koleksi penerbitan Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian. 
  • Mengurus dan mengendalikan pendokumentasian koleksi bahan bercetak (buku, jurnal, majalah, laporan dan lain-lain) dan tidak bercetak (CD). 
ATAS
Accessbility Option