i.
Sekiranya
aduan gangguan seksual berjaya dibuktikan di atas imbangan kebarangkalian, panel
Tribunal akan mengeluarkan Award Aduan Gangguan Seksual (Borang 4) selaras
dengan Seksyen 20 Akta Antigangguan Seksual 2022 yang mengandungi satu atau
lebih perintah berikut:
a)
pernyataan permohonan maaf
oleh responden kepada pengadu;
b)
penyiaran permohonan maaf
oleh responden kepada pengadu (jika perbuatan gangguan seksual dilakukan di
khalayak ramai);
c)
pembayaran pampasan atau
ganti rugi oleh responden kepada pengadu tidak melebihi RM250,000.00 bagi
apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengadu akibat perbuatan
gangguan seksual yang dialami;
d)
menghadiri apa-apa program
sebagaimana yang difikirkan perlu oleh panel Tribunal.
ii.
Sekiranya
aduan gangguan seksual gagal dibuktikan di atas imbangan kebarangkalian, panel
Tribunal akan menolak aduan pengadu (Borang 5).
Tidak, Presiden dan Timbalan Presiden TAGS tidak terlibat
sama sekali dengan penentuan keputusan aduan gangguan seksual yang didengar di
hadapan panel Tribunal yang lain.
Award (Keputusan) yang dikeluarkan oleh panel Tribunal adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak serta disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah.
Sekiranya award tidak dipatuhi dalam masa 30 hari dari tarikh award dibuat, dua
(2) tindakan boleh diambil oleh pihak yang terjejas atas keingkaran tersebut:
i.
Tindakan sivil
Award boleh
dikuatkuasakan melalui tindakan sivil dengan memfailkan permohonan pelaksanaan
perintah di mahkamah (execution proceeding) dan hendaklah diuruskan sendiri
oleh pihak-pihak.
ii.
Tindakan jenayah
Pihak
yang terjejas atas keingkaran terhadap award tersebut boleh membuat laporan
polis bagi membolehkan tindakan diambil ke atas pihak yang ingkar award
tersebut. Keingkaran untuk mematuhi award merupakan suatu kesalahan jenayah di
bawah seksyen 21 Akta 840 yang memperuntukkan seperti berikut:-
a. denda dua (2) kali ganda jumlah amaun pampasan atau ganti
rugi, atau pemenjaraan tidak melebihi dua (2) tahun, atau kedua-duanya; atau
b. jika tiada nilai pampasan atau ganti rugi diberikan oleh
Tribunal, denda tidak melebihi RM10,000.00, atau pemenjaraan tidak melebihi dua
(2) tahun, atau kedua-duanya; dan
c. jika keingkaran award masih berterusan, orang itu boleh,
sebagai tambahan kepada penalti yang dinyatakan di atas, dikenakan denda yang
tidak melebihi RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Boleh, dengan syarat jika terdapat ketidakaturan yang
serius yang menjejaskan award tersebut dengan cara memfailkan permohonan
semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di Mahkamah
Tinggi.
Salinan nota keterangan dan alasan penghakiman penuh
bertulis akan dibekalkan kepada pihak-pihak setelah permohonan kebenaran
semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibenarkan
oleh Mahkamah Tinggi.
Award adalah muktamad dan tidak boleh dipinda kecuali
untuk pembetulan kesilapan suntingan yang tidak disengajakan.
TAGS tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangguhkan atau
menggantungkan pelaksanaan awardnya. Sebarang penangguhan atau penggantungan
pelaksanaan award hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam
permohonan semakan kehakiman.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui pejabat TAGS rs 4 KPWKM
Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya seseorang pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan dilakukan oleh orang lain.
