Gangguan seksual adalah apa-apa kelakuan tidak diingini
yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan,
visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara
munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada
kesejahteraannya.
TAGS
tidak mempunyai bidang kuasa perundangan di bawah Akta 840 untuk bertindak atas
sesuatu aduan. TAGS menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil
dengan cara yang mudah, murah dan cepat untuk mangsa gangguan seksual mengambil
tindakan terhadap pelaku gangguan seksual bagi mendapatkan tebus rugi di atas
kehilangan atau apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh mangsa akibat daripada
gangguan seksual yang dialami.
Tidak boleh kerana hanya satu forum yang boleh mendengar
dan memutuskan kes aduan gangguan seksual pada satu-satu masa, melainkan
tuntutan sivil di mahkamah ditarik balik atau isu yang yang dibicarakan di
mahkamah adalah berkenaan pendakwaan jenayah sahaja.
i. semua individu yang menjadi mangsa gangguan seksual;
ii.
jika
mangsa tersebut belum mencapai umur 18 tahun, boleh diwakilkan oleh sahabat
wakil atau penjaga ad litem; atau
iii.
jika
mangsa tersebut seorang yang tidak berkeupayaan, boleh diwakilkan oleh sahabat
wakil atau penjaga ad litem.
Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM250,000.00.
Tidak
boleh. Aduan hanya boleh dibuat bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku
pada atau selepas 8 Mac 2024. Namun demikian, tindakan sivil boleh difailkan di
mahkamah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953.
Tidak. Kegagalan mematuhi award merupakan satu kesalahan
jenayah di bawah seksyen 21 Akta 840. Proses siasatan dan pendakwaan akan
dikendalikan oleh pihak PDRM dan hanya mahkamah sahaja yang mempunyai bidang
kuasa untuk membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman.
Mana-mana mangsa atau pun sahabat wakil/penjaga ad litem
bagi mangsa yang belum mencapai umur 18 tahun ataupun individu yang tidak
berkeupayaan boleh memfailkan aduan gangguan seksual di TAGS dengan mengisi borang
aduan melalui Borang 1. Borang 1 boleh didapati di kaunter pejabat TAGS ataupun
dimuat turun di laman web KPWKM. Pengadu hendaklah mengisi 4 salinan Borang 1
dan memfailkannya di kaunter TAGS.
Kaunter
Tribunal bagi Antigangguan
Seksual (TAGS)
Aras G, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No. 55, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8323 2279
Waktu urusan kaunter :
Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.30 petang
Rehat :
Isnin – Khamis : 1.00 tengah hari – 2.00 petang
Jumaat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang
